Jutawan Arab Bakal Kahwini Pondan Lepas Selesai Buat Pembedahan

Birmingham – Seorang pondan bakal mengahwini kekasihnya yang merupakan lelaki Arab yang kaya raya selepas lelaki berkenaan membelanjakan wang hampir RM300,000 bagi pembedahan tukar jantina. Tiffany-Rose Davies, 23, yang dilahirkan sebagai lelaki dengan nama Niall, akan menjalani pembedahan tukar jantina tidak lama lagi dengan wang yang disediakan oleh Yaser, yang berasal dari Dubai.
Mereka merancang berkahwin tahun depan dan menetap di Dubai. Tiffany dan Yaser mula menjalin hubungan terlarang itu sejak dua tahun lalu selepas bertemu melalui Facebook. “Dia lelaki idaman saya dengan ciri-ciri kulit gelap, kacak dan baik hati. Sepanjang perkenalan kami, dia telah lapan kali menemui saya di sini dan membelanjakan ribuan ringgit terhadap saya dan mahu mengahwini saya tahun depan,” katanya. Menurut Tiffany selain pembedahan tukar jantina, dia juga akan menjalani pembedahan implan payudara selain prosedur di bahagian hidung dan mulut. Jelasnya, dia tidak pernah meminta Yaser membayar kos pembedahan itu namun Yaser melakukannya atas kerelaan sendiri kerana melihatnya sebagai seorang wanita. “Dia memang menyayangi saya dan tidak mahu kehilangan saya. Kami tidak pernah melakukan seks kerana saya mahu malam pertama kami menjadi amat istimewa,” katanya yang merancang mengambil anak angkat selepas berkahwin. Ermm kesian kau dik..

zaza faizal

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

No comments:

Post a Comment